22 Tahun.

Wednesday, February 19, 2014

Alhamdulillah, Hannis dah berumur 22 tahun. banyak wish dari facebook, whatsapp, mesej, call, yang face to face pun ada. Terima kasih dengan ucapan semua, terima kasih atas doa-doa yang baik-baik belaka untuk Anis. kebanyakkan wish untuk panjang umur, murah rezeki, semoga berbahagia, semoga diberkati, paling best supaya bertemu jodoh. haaaaa. seronok! Tapi rasanya tak adil kalau nak doakan Anis sahaja. kenapa?
Pada 19.2.1992, mama dan papa dapat anak perempuan bongsu, anak yang terakhir. Mama papa patut ditahniahkan sebab berjaya membesarkan anak perempuan dia selama 22 tahun. Ingat senang nak jaga anak dara, payah. tambah lagi anak perempuan nakal macam Anis. hehe

Untuk papa, terima kasih jaga adik, terima kasih didik adik dengan baik. terima kasih cari nafkah untuk besarkan adik, terima kasih hantar ambik adik kalau adik nak pergi mana-mana. terima kasih sebab percaya adik. terima kasih isikan minyak kereta hehe, terima kasih untuk segalanya. Maaf bila adik tak berkelakuan baik, maaf bila adik buat dosa, papa yang kene tanggung, maaf bila adik tinggal solat, papa yang berdosa. Adik cuba ubah, menjadi yang lebih baik, jadi lebih dewasa, jadi lebih matang dan lebih solehah.

Untuk mama, terima kasih kerana melahirkan, membesarkan, bagi makan minum, jaga bila sakit, sabar dengan kerenah adik, terima kasih belikan kereta hehe terima kasih untuk segalanya. Maaf bila adik melawan, bila adik buat mama sedih sebenarnya adik rasa sedih juga, maaf selalu susahkan mama, mintak macam-macam, lupa nak bersyukur. Adik cuba jadi anak perempuan mama yang baik, yang akan selalu ada kat rumah, bukan duduk tempat lain. 

apa yang mama papa buat untuk adik, tak mungkin adik dapat balas. tapi adik cuba balas sikit-sikit. setiap hari, adik tak pernah lupa nak doakan mama papa. semoga panjang umur mama papa, sihat, bahagia.
terima kasih mama papa :)

gambar raya tahun lepas
tu baby abang Faizal. hehe
adios amigos.

Jejaka Kacak dan Gadis Jelita

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers